Monday, 6 August 2018

DI SINI

4.20 pagi, 6 Ogos 2018. 

Membuka akaun baru untuk sebuah blog setelah bertahun lamanya menutup akaun blog yang lama. Bukan tidak sayang akan blog yang lama, tetapi di situ penuh dengan sifat kebodohan dan sifat keanak anakkan. Ketika berusia 19-22 tahun, masih dengan jiwa tanpa arah. Sifat yang hanya tahu untuk menghentam dan mencaci manusia lain. Tambahan juga kesibukkan diri dengan pelbagai hal duniawi tanpa mengenal erti untuk berehat. Blog lama terbiar sepi apabila munculnya pelbagai Aplikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai aplikasi yang kadang-kadang melalaikan diri sendiri. Keputusannya, TUTUP saja akaun. Senang cerita, kisah lama juga terkubur☺

Dan waktu ini terdetik, di mana ruang untuk meluahkan segala cerita terbuku? Di Instagram cukup la sekadar berkongsi segala kegembiraan dan kebahagiaan. Di Twitter sekadar berkongsi perkara yang mudah tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Kesedihan, kesakitan, kekecewaan, di mana mahu dikongsi? Ya, DI SINI☺

No comments:

Post a Comment